Wednesday 29 January 2014

senjata2 rahsia yg hebat milik tentera nazi german ketika era perang ww2

*SENJATA HEBAT TENTERA JERMAN KETIKA ERA PERANG  DUNIA KEDUA,,,,,
  

1.
Seringkali kita disajikan dengan kehebatan teknologi Amerika Syarikat di dada akhbar. Namun, tahukah pembaca semua bahawa teknologi yang diperolehi oleh Amerika Syarikat kebanyakkannya adalah berpunca daripada teknologi Jerman era Nazi?
Antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dan rakan-rakannya dalam misi ke bulan pada tahun 1969. Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang bekas jurutera dan saintis Jerman era Aldolf Hitler iaitu Werner von Braun. Rekabentuk Apollo saling tidak tumpah seperti rekabentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.

 




 Apa yang penulis ingin tekankan untuk artikel kali ini adalah kehebatan teknologi Jerman yang mana mereka telah mempelopori pelbagai bidang teknologi semasa Perang Dunia Kedua. Ia termasuklah penyelidikan berkenaan Bom Atom, Jet pejuang terpantas, jet pejuang tidak terkesan radar, senjata api yang praktikal dan banyak lagi.,,,,,,,,,


    2. KAL GREAT
Dicipta oleh Rheinmetall. Dengan menggunakan peluru mortar seberat 2 tan, ia mampu memusnahkan sebuah bangunan dengan sekali tembakan. Ia dicipta pada 1941 hingga 1945 dengan 7 buah kesemuanya. Namun, setelah perang dunia berakhir, senjata bersaiz mega ini hanya tinggal sebuah sahaja dan ia dipamerkan di muzium perang di Rusia.







3.        Schwerer Gustav dan Dora
Schwerer Gustav and Dora adalah nama bagi senjata rahsia Jerman bersaiz mega yang menggunakan jalan kereta api untuk memudahkan ia untuk digerakkan. Sepertimana Kart Great, Schwerer Gustav and Dora menggunakan peluru seberat 7 tan dan mampu mencapai lonjakan sejauh 37 km.! Senjata mega milik Nazi Jerman ini mampu memusnahkan mana-mana benteng pertahanan dan ia digunakan sepenuhnya semasa Operasi Barbarossa di Rusia. Ia juga pernah digunakan sebagai mesin pemusnah ketika Battle of France. Senjata yang dicipta oleh Kumpulan Krupps pada 1930 ini akhirnya jatuh ke tangan pihak Amerika Syarikat setelah Jerman kalah perang pada 1945. Namun, akibat beratnya yang mencapat 1350 tan itu, pihak Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan senjata mega ini kerana bimbang sekiranya senjata ini jatuh ke tangan Red Army(tentera Rusia Komunis). Schwerer Gustav and Dora tidak meninggalkan sebarang petanda wujudnya ia melainkan gambar-gambar dan petikan filem serta video perang dunia kedua.






 

4.        V3: Hochdruckpumpe
Sebelum V3, saintis Jerman telah terlebih dahulu mencipta senjata rahsia mereka iaitu V1 dan V2. Namun, V3 tidaklah seperti V1 dan V2 yang merupakan sebuah roket pemusnah akan tetapi, V3 adalah meriam bersaiz mega yang mampu memusnahkan apa sahaja yang berada dalam targetnya. V3 yang mempunyai saiz sepanjang 140 meter ini mampu memberi lonjakan kepada peluru yang seberat 140 kg sejauh 165 km.!
Pembinaan V3 bermula pada tahun 1943 di Mimoyecques, Perancis di sebuah bunker. Namun ia telah dimusnahkan oleh bom yang dijatuhkan oleh pakatan berikat selepas rahsia berkenaan pembinaannya tersebar melalui agen risikan mereka. Walaubagaimanapun, V3 bersaiz sederhana(45 meter) telah dibina di Antwerp, Belgium dan Luxembourg dan berjaya digunakan bagi membantu sistem serangan Jerman pada tahun 1944.






* sebenarnya ada bANYAK lagi senjata rahsia milik tentera nazi yg masih belum dibongkar kan,*




No comments:

Post a Comment