Monday 11 July 2016

KLAN UCHIHA


Klan Uchiha  juga membawa maksud "Keluarga Uchiha" merupakan salah satu klan yang terdapat di Konoha dan merupakan antara klan terkuat di situ. Namun, setelah berlakunya insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Kln Uchiha" tidak lama dahulu, ahli klan ini semakin pupus.

SEJARAH
Klan Uchiha brasal daripada keturunan salah seorang budak lelaki (paling berusia di antara berdua) yang dipilih oleh Rikudou sannin atau "Pendeta 6 jalan" dan telah diamanahkan dengan kuasanya serta jalan dunia ninja. Namun begitu, Pendeta Rikudo telah memilih budak lelaki yang lebih muda itu menjadi "waris" kepadanya kerana beranggapan dia merupakan orang yang lebih sesuai, lalu mengakibatkan budak lelaki yang lebih berusia itu menjadi seorang yang pendendam. Melalui keturunan budak lelaki yang lebih muda itulah wujudnya Klan Senju yang kemudiannya menjadi musuh ketat Klan Uchiha.
Sebelum penemuan dan penubuhan perkampungan ninja, klan Uchiha merupakan salah satu daripada ninja upahan perang yang wujud di ketika itu. Oleh kerana mereka memiliki Sharingan, mereka dikenali sebagai salah satu klan di antara dua klan terkuat pada ketika itu (satu lagi klan merupakan Klan Senju). Madara Uchiha diketahui dan dikenali sebagai ahli klan Uchiha yang paling kuat setelah dia memiliki Mangekyō Sharingan dan kemudiannya dipilih sebagai pemimpin mereka. Di bawah pimpinan Madara, klan Uchiha berkembang kuat dan berjaya mengalahkan banyak klan yang mereka lawani. Namun, hanya Klan Senju sahaja yang dapat menandingi kekuatan mereka, sehinggakan apabila Klan Uchiha diupah oleh satu pihak, pihak yang lain pasti akan mengupah Klan Senju.

TRAGEDI PENGAHAPUSAN KLAN UCHIHA

Pembunuhan beramai-ramai klan Uchiha


Itachi hanya membiarkan seorang sahaja ahli klan Uchiha hidup iaitu adiknya
 Sasuke Uchiha. Selepas insiden pembunuhan beramai-ramai tersebut, Sasuke kemudiannya hidup dengan berpegangkan kepada niat mahu membunuh Itachi demi membela keluarga dan klannya; sesuatu yang telah dirancang oleh Itachi awal-awal lagi. Setelah mencapai cita-citanya, Sasuke telah mengetahui suatu kebenaran yang lain iaitu Madara sebenarnya masih hidup sehingga kini. Madar telah memberitahu Sasuke akan sejarah sebenar klan Uchiha dan kenapa Itachi melakukan pembunuhan tersebut. "Kebenaran" yang dinyatakan oleh Madara ini menaikkan kemarahan Sasuke dan dia berhasrat untuk memusnahkan Konoha dengan bantuan daripada Madara.Sepuluh tahun kemudian, setelah serangan oleh Musang Berekor Sembilan, pihak Konoha mula mengesyaki dalam disebalik serangan tersebut adalah Madara Uchiha. Kemudian, keseluruhan klan Uchiha telah dipindahkan ke bahagian hujung kampung agar mereka mudah dipantau. Ahli-ahli klan Uchiha beranggapan bahawa ini adalah seperti apa yang dikhuatiri oleh Madara beberapa tahun kebelakangan. Oleh kerana itu mereka mula merancang untuk memberontak. Seorang ahli klan Uchiha iaitu Itachi Uchiha, tidak menyetujui dengan rancangan pemberontakkan tersebut dan telah memaklumkan pihak atasan Konoha di atas apa yang cuba dilakukan oleh pihak klan Uchiha. Pada masa itu, Hiruzen Sarutobi merupakan Hokage Ketiga yang mentadbir Konoha cuba membuat rundingan perdamaina dengan klan Uchiha namun tidak berhasil. Kegagalan rundingan ini boleh meruncingkan keadaan dan mencetuskan peperangan. Kemudian, Itachi telah diarahkan untuk membunuh ke semua ahli klan Uchiha tetapi dengan mengikuti beberapa syarat.

WILAYAH2 DLM DUNIA SHINOBI

Sejarah awal dunia ninja, awal konohagakure dan perang dunia ninja
Dahulu kala, sebelum lahirnya dunia ninja.Syaitan berekor sepuluh (jubi) mengamuk & melakukan kerosakan.Rikudo sanin lalu mengunci jubi ke dalam dirinya Dan Menjadi jinchuuriki Rikudo sanin menyebarkan ajaran ninja/ninshu ke seluruh daerah yang di datanginya, dengan tujuan menciptakan perdamaian. Sebelum kematian Rikudo sudah mempersiapkan segalanya.Dengan menjadikan Anak keduanya sebagai penerus . Rikudo lalu mengurung tubuh jubi di bulan, dengan teknik chibaku tensei. Sementara ‘chakra jubi’ di sebar ke sembilan jenis ‘biju’ menggunakan izanagi.
Berabad-abad setelah itu, kedua anak rikudo yang bermusuhan sejak rikudo masih hidup, meneruskan pertengkaran ke generasi-generasi selanjutnya.
Anak pertamanya  Asyura Yang memiliki mata syaringan meneruskan ke keturunan-keturunannya yang akhirnya menjadi klan uchiha yang di pimpin madara uchiha & adiknya izuna uchiha.
Sementara anak kedua Indra, yang memiliki chakra & fisik sennin, juga meneruskan tekad ke keturunan-keturunannya yang menjadi klan senju yang di pimpin hashirama senju dan adiknya tobirama senju.Baik klan uchiha & klan senju,Memiliki persaingan yang kuat, klan senju menawarkan perdamaian ke klan uchiha dengan membentuk Kmpung konoha. 
APA ITU KONOHA?
KONOHA ADALAH  IBU NEGARA BAGI WILAYAH TANAH API,SETIAP WILAYAH DI DUNIA SHINOBI MEMPUNYAI IBU NEGARA MASING2.
ADA LIMA WILAYAH BESAR DLM DUNIA SHINOBI YAITU WIAYAH TANAH(TSUCI),KILAT(RAI),AIR(MIZU),API(HO) DAN ANGIN(KIRI).
TERDAPAT JUGA WILAYAH2 KECIL YG TIDAK RASMI MEMERDEKAKAN WILAYAH MEREKA,KEBANYAKAN MEREKA MEMBERONTAK SEPERTI WILAYAH BUNYI,

Monday 6 October 2014

IBNU BATTUTA(SI PENGEMBARA ISLAM)

 NAMA BELIAU IALAH HAJI ABDULLAH MUHAMMAD IBN BATTUTA DILAHIRKAN PADA TAHUN 25 FEB 1304HIJRIAH DI

Saturday 4 October 2014

prof najmudin erbakan

Najmuddin Erbakan: Menelusuri Khilafah Yang Hilang Di Turki

Prof Dr Najmuddin (Necmetting) Erbakan adalah merupakan seorang pemimpin ulung gerakan Islam di Turki pada zaman moden. Beliau yang pernah menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 hingga tahun 1997 dan dianggap sebagai Al-Mursyid Al-Ruhiy kepada gerakan Islam Turki. Pada tanggal 27 Feb 2011 yang lalu beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 85 tahun selepas ditimpa penyakit dalam tempoh yang agak lama.







Prof Dr Najmuddin (Necmettin) Erbakan dilahirkan pada 29 Oktober 1926 bersamaan 22 Rabi`ul Awwal 1345H di bandar Sinop berdekatan dengan Laut Hitam, berasal dari keluarga yang cintakan Islam.

Pada tahun 1948 beliau belajar di peringkat pengajian tinggi di Universiti Istanbul di Fakulti Kejuruteraan sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan doktor falsafah di Aachen, Fachhochschule Aachen (University of Applied Sciences Aachen, Germany)dalam bidang Termodynamic dan Atom.

Pada peringkat remaja, beliau cenderung kepada aspek keagamaan. Beliau membabitkan diri dalam aliran 'Tareqat Naqsyabandiah' pimpinan Syeikh Muhammad Zaheed Kotko yang menyokong Gerakan an-Nursiah (nisbah kepada Badi`uzzaman Sa`id an -Nursi) membantu Perti 'Nizam al-Watani' iaitu sebuah parti politik pertama di Turki yang berhaluan Islam secara menyeluruh.

Setelah menamatkan pengajian dalam Fakulti Kejuruteraan, beliau menceburi bidang politik. Beliau bertanding dan menang dalam piihanraya di Bandar Quwineh atas tiket Parti 'Nizam al-Watani' dan menjadi ahli parlimen termuda ketika itu. Namun, beliau terpaksa menubuhkan parti baru berteraskan Islam setelah dihalang berpolitik menerusi kerajaan campuran kerana menentang keras konsep sekularisme.

Tahun 1971, Parti 'Nizam al-Watani' telah diharamkan. Sembilan bulan selepas itu Dr Necmettin menubuhkan Parti as-Salamat dan bergabung dengan Parti Rakyat Turki, menang pilihanraya tahun 1973 sekaligus membentuk kerajaan campuran. Beliau menjawat jawatan Naib Perdana Menteri dan memegang jawatan Menteri di tujuh kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri, Keadilan, Perdagangan, Kastam, Pertanian, Perindustrian dan Pemakanan.

Tetapi ianya hanya bertahan selama tujuh bulan kerana digulingkan oleh pihak tentera yang kuat berpegang dengan amalan sekularisme.

Pada tahun 1977, Dr Necmettin yang mendapat sokongan anggota pimpinannya bergabung dengan Parti Gerakan dan Parti Keadilan yang menang pilihanraya serta membentuk kerajaan campuran buat kali ketiga. Tetapi beliau diarahkan meninggalkan parti dan penglibatan politik oleh pihak tentera yang dapat menghidu kecenderungan beliau kepada Islam. Beliau telah dipenjarakan bersama 33 yang lain pada tahun 1981 selama 4 tahun. Pada tahun 1986 beliau menubuhkan Parti Refah setelah pulang dari ibadat umrah.

Parti Refah bergerak di tengah medan masyarakat sekular Turki dengan mewajahkan sebagai gerakan cakna rakyat dan kebajikan. Ini adalah kerana perlembagaan Turki yang melarang sebarang bentuk aktiviti politik Islam dan politik langsung tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Parti Refah sentiasa dintip dan diawasi oleh pihak tentera, ditekan dengan mehnah dan tribulasi. Namun Refah tetap menunjukkan akhlaq yang baik dalam berpolitik, menyantuhi anak-anak yatim, ibu tunggal, mengadakan kelas-kelas al-Quran, perkhidmatan kesihatan percuma dan sebagainya. Ini dengan pantas menarik minat anak-anak muda yang cintakan Islam setelah melihat sistem sekular gagal dalam memberi kebahagiaan dan memusnahkan sendi-sendi aqidah umat Islam.

Selama 10 tahun dalam parti ini, sekali lagi beliau bertanding dalam pilihanraya umum pada tahun 1996, Parti Refah menang besar dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri tetapi hanya bertahan selama 9 bulan iaitu pada tahun 1997 kerana digulingkan oleh tentera yang memang membenci terhadap Islam.

Pada tahun 1998, Parti Refah telah diharamkan dengan berbagai-bagai pertuduhan, manakala Dr Necmettin tidak dibenarkan aktif dalam arena politik Turki. Beliau dianggap pesalah yang harus dikenakan hukuman penjara selama 2 tahun. Tetapi beliau dibebaskan memandangkan usianya yang telah tua dan dipantau segala aktivitinya oleh pihak tentera.

Walau bagaimanapun, beliau mendapat pengampunan Presiden Abdullah Gul dari Parti Keadilam dan Pembangunan (AKP) yang sedikit sebanyak mempunyai hubungan dari sudut kecenderungan kepada Islam.

Kini, beliau telah pergi. Semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya dan beroleh syurga bersama mereka yang diredhai-Nya. Al-Fatihah.




Monday 8 September 2014

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

  1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
  2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
  3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
  4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
  6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
  7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
  8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
  9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.
  10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

 

Imam hassan al banna




Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna,atau ringkasnya Hassan al-Banna adalah pendakwah, reformis sosial dan politik Mesir dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tauhn, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau rajin menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Islamailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Pada tahun 12 Februari 1949 beliau meninggal dunia setelah ditembak mati oleh seorang pembunuh upahan arahan sulit kerajaan Mesir ketika itu.




Kehidupan awal

 Hassan al Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah). Beliau berasal dari sebuah perkampungan petani yang terkenal kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam, serta keluarga ulama yang dihormati. Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin. Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British.

 

Pada tahun 1923 ketika berusia 16 tahun dia memasuki Dar al 'Ulum, sebuah sekolah latihan perguruan di Kaherah. Kehidupan di ibu negara Mesir menawarkannya peluang yang lebih luas berbanding di kampung serta bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya). Walau bagaimanapun, beliau amat terganggu dan tidak senang dengan pengaruh kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular yang terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional.[nb 3] Hassan al Banna turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka terhadap peningkatan atheisme dan pengaruh mubaligh Kristian.[nb 4]
Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama'atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah berunsurkan Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat seperti di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai. Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.
Di tahun akhirnya di Dar al-'Ulum, beliau menulis bahawa beliau bercadang untuk menzuhudkan dirinya menjadi "penasihat dan guru" bagi golongan dewasa dan kanak-kanak agar dapat mengajar mereka mengenai matlamat "agama adalah sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan". Beliau mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bahasa Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma'iliyya, sebuah bandar yang terletak di Zon Terusan Suez. [nb 5]

Keluarga

Bapanya, Syeikh Ahmad al-Banna merupakan seorang ulama, imam, guru dan seorang pengarang terkenal berkelulusan Universiti Al-Azhar yang menulis serta menyumbang kepada penulisan kitab-kitab hadis dan fiqh perundangan Islam. Bapa beliau juga memiliki kedai membaiki jam dan menjual gramophone. Syeikh Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna turut mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Qur'an dan hadis kepada penduduk tempatan, dan dia banyak dipengaruhi oleh fikrah serta cita-cita perjuangan Syeikh Muhammad Abduh dan Sayyid Jamaluddin al-Afghani.
Sungguhpun Syeikh Ahmad al-Banna dan isterinya memiliki sedikit harta, mereka bukannya orang yang kaya dan bertungkus lumus untuk mencari nafkah, terutama selepas berpindah ke Kaherah pada 1924; sebagaimana yang lain, mereka mendapati bahawa pendidikan Islam dan kealiman seseorang tidak lagi dihargai di ibu negara itu, dan hasilkerja tangan mereka tidak mampu menyaingi industri besar-besaran
Ahmad Saiful Islam, anak lelaki Hassan al Banna, menceritakan bagaimana beberapa sifat peribadi Hassan al Bannan semasa beliau masih hidup lagi. Antaranya beliau sangat menjaga dan memerhati perkembangan anak-anaknya. Setiap anaknya mempunyai fail khas yang ditulis oleh beliau sendiri. Di dalam fail tersebut terkandung maklumat seperti maklumat-maklumat perubatan anak-anaknya, sijil-sijil pelajaran bersertakan catitan-catitan tentang kemajuan pembelajaran mereka. Hukuman yang paling berat pernah beliau   kenakan kepada anak-anaknya hanyalah cubit telinga. Sifat pemurah kepada anak-anaknya dilihat apabila beliau memberikan wang saku kepada mereka sebanyak 3 Qurusy berbanding kanak-kanak lain yang puratanya mendapat suku atau setengah Qurusy sahaja daripada ibu bapa mereka.
Beliau menyediakan satu perpustakaan khas buat Ahmad Saiful Islam. Ini adalah antara proses pentarbiahan beliau kepadanya. Beliau tidak melarang Saiful Islam membaca apa-apa jenis bahan bacaan, malahan memberi bacaan lebih baik untuk dibaca oleh Saiful apabila selesai membaca bahan bacaan diminatinya.
Hassan al Banna juga bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.[1] Beliau berusaha untuk mengenali setiap kaum keluarga isterinya. Antara kisah menarik, beliau pernah mengejutkan isterinya dengan menziarahi seseorang yang telah terputus hubungan kekeluargaan dengan siterinya kerana orang itu bukanlah anak kepada orang yang mempunyai hubungan keluarga dengan isterinya. Begitulah tahap kesungguhan dan ketelitian beliau dalam melaksanakan sunnah Rasulullah SAW.

Penubuhan "Ikhwanul Muslimun", kegiatan dakwah dan kematian seorang wira

Pada Mac 1928, Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah. Ketika itu beliau berusia 23 tahun. Di Ismailiyya, sebagai tambahan kepada kelas siangnya, beliau melaksanakan matlamatnya dengan memberi kelas malam kepada keluarga anak muridnya. Beliau juga berceramah di masjid, malah dikedai kopi, yang pada masa itu masih baru dan dipertikaikan nilai moralnya. Pada awalnya, sesetengah pandangannya berkenaan perlaksanaan Islam yang mudah mendorong kepada tentangan hebat dengan elit keagamaan tempatan dan beliau mengamalkan polisi mengelakkan kontrovesi agama. Beliau sedih dengan tanda-tanda jelas pengawalan ketenteraan dan ekonomi di Isma'iliyya seperti kem ketenteraan British, kemudahan awam yang dimiliki oleh kepentingan luar dan tempat tinggal mewah milik pekerja syarikat Terusan Suez yang bersebelahan dengan rumah haram pekerja Mesir. 
Setelah berkhidmat 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah dengan berkesan dalam masyarakat di bandar itu. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.
Ternyata Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik. Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu, Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan.
Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah dibunuh kerana ditembak pada waktu tengah hari 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.



                                                                                                                           peristiwa pembunuhan anwar sadat

                                                                                       








Monday 17 February 2014

harimau purba terakhir




Tasmania (Thylacinus cynocephalus) adalah haiwan marsupial karnivor yang paling besar yang diketahui pada zaman moden. Binatang ini berasal dari Australia dan New Guineadan dinyatakan pupus pada abad ke-20. Binatang ini disebut sebagai harimau Tasmaniakerana punggungnya yang bercorak belang, namun ada juga yang menyebutnya serigala Tasmania, dan secara percakapan juga disebut harimau Tassie (atau Tazzy) atau cukupharimau saja.[a] Binatang ini adalah spesies terakhir dari genusnyaThylacinus. Sebahagaian besar spesiesnya ditemukan dalam bentuk fosil yang berasal dari awal zaman Miosen.
Harimau Tasmania pernah pupus di benua Australia ribuan tahun sebelum kedatangan bangsaEropah, tetapi speasis ini berjaya bertahan di Tasmania dengan sejumlah endemik lain sepertiTasmanian Devil (Syaitan Tasmanian). Selain pupus akibat pemburuan haram, serangan penyakit, anjing dan gangguan manusia turut menyumbang. Walaupun telah diisytihar secara rasmi ia telah pupus, terdapat laporan tentang pertembungan saki-baki spesies ini.
Harimau Tasmania merupakan karnivor di puncak rantai makanan. Sebagai marsupial , ia tiada kaitan dengan eutheria. Abiliti dan bentuk tubuhnya merupakan hasil evolusi konvergen. Keluarga terdekat speasis ini ialah Tasmanian Devil
*ada sebahagia orang berpendapat haiwan ini masih wujud dan hidup,cuma haiwan ini bersembunyi daripada penglihatan manusia.